Pihak DDNK Holdings akan emailkan kepada anda maklumat program selepas anda mendaftar.
Tiket ini tidak boleh ditukar ganti dengan nilai wang, kredit atau barang.
Tiket ini hanya boleh ditebus guna untuk program Klinik Pelaburan: M.U.S.T pada tarikh yang termaktub dan boleh digunakan sekali sahaja oleh setiap penerima.
Pihak DDNK Holdings berhak untuk menukarkan tarikh, masa atau menukar penceramah jika berlaku sesuatu diluar jangkaan.
Pihak DDNK Holdings berhak menukar terma dan syarat tanpa sebarang pemberitahuan terlebih dahulu.
Pastikan anda sertai Telegram Rasmi Klinik Pelaburan: M.U.S.T untuk memudahkan komunikasi dan untuk kami berkongsi ilmu supaya anda dapat bersedia sebelum hadir ke kelas online nanti. Sila semak email anda dari masa ke masa untuk dapatkan info lanjut.
KENYATAAN & PENAFIAN
Semua bahan pembelajaran dan kaedah aplikasi AI ini adalah hak cipta Dato’ Dr. Nazri Khan (DDNK) serta Penganjur dan sebarang penggunaannya adalah tertakluk kepada undang-undang harta intelek iaitu Akta Hak Cipta 1987 dan Akta Cap Dagangan 1976. Dilarang sama sekali pengulangan cetak atau penerbitan semula bahan pembelajaran dan kaedah aplikasi yang digunakan.
Penganjur melarang mana-mana pihak dari mengadakan program atau latihan seumpama Klinik Pelaburan: M.U.S.T atau menggunakan nama dan kaedah seumpamanya tanpa kebenaran bertulis daripada Penganjur dan Dato’ Dr. Nazri Khan yang merupakan pemilik sah harta intelek berkaitan dengan Klinik Pelaburan: M.U.S.T ini.
Penganjur melarang sebarang kegiatan seperti mengambil data/butiran peserta, menjual barang atau apa-apa jua aktiviti yang tidak mendapat kelulusan bertulis daripada Penganjur sama ada di dalam atau di luar program Klinik Pelaburan: M.U.S.T.
Penganjur berhak membatalkan penyertaan peserta Klinik Pelaburan: M.U.S.T yang mengingkari atau melanggari mana-mana syarat penyertaan yang dinyatakan di atas dengan serta-merta,
Pihak penganjur tidak akan mendedahkan maklumat peribadi peserta kepada mana- mana pihak yang tidak berkaitan untuk sebarang tujuan.
Setiap contoh, analisis dan informasi yang ditunjukkan semasa program adalah berdasarkan sumber yang dipercayai oleh pihak pihak penganjur dan hanya digunakan untuk tujuan pendidikan dan latihan semata-mata, dan bukan sebagai saranan atau cadangan. Pihak penganjur tidak menjanjikan sebarang jaminan terhadap ketepatan sama ada dari segi informasi atau masa, kesempurnaan, kesesuaiannya, pencapaian, keputusan atau apa sahaja yang berkaitan. Sebarang strategi atau kaedah yang diajar tidak menjanjikan keuntungan dan berkemungkinan menyebabkan kerugian. Program Klinik Pelaburan: M.U.S.T diadakan dengan persetujuan bahawa tenaga pengajar atau penganjur tidak menyediakan perkhidmatan dalam bidang perundangan, perakaunan, pencukaian atau mana-mana perkhidmatan berbayar yang tiada kaitan dengan program Klinik Pelaburan: M.U.S.T.
Anda diingatkan bahawa aktiviti pelaburan ataupun ‘trading’ saham mungkin tidak sesuai untuk sesetengah individu atau kumpulan atau syarikat atau lain-lain yang berkaitan. Aktiviti pelaburan dalam ekuiti atau ekuiti derivatif melibatkan risiko yang signifikan dan berkemungkinan boleh mengalami kerugian modal yang dilaburkan. Anda tidak digalakkan untuk melabur lebih daripada jumlah yang anda sanggup rugi dan anda dinasihatkan agar memahami akan setiap risiko yang terlibat. Sebelum anda memulakan pelaburan, anda dinasihatkan memberi pertimbangan sewajarnya berkaitan dengan tahap pengalaman dan objektif pelaburan. Anda juga dinasihatkan agar mendapatkan khidmat nasihat kewangan daripada pakar kewangan bertauliah jika perlu.
Peserta wajib mematuhi kesemua arahan yang dikeluarkan oleh pihak DDNK Holdings Sdn Bhd seperti yang disebutkan di dalam Standard Operation Procedure (SOP) Peraturan Di Dalam Zoom” dan “SOP Gangguan Internet Atau Bekalan Elektrik” serta arahan-arahan yang bakal dikeluarkan sepanjang program berlangsung.